Mengapa mahu menulis? Tiada jawapan yang khusus bagi seseorang yang benar-benar minat akan penulisan. Jiwa dan hatinya telah jatuh cinta kepada penulisan. Itu sahaja jawapan yang sentiasa tergambar. Walaupun si penulis ini tidak pandai menulis, walaupun bakatnya tidaklah seperti para penulis yang lain, tetapi kerana minatnya, dia menulis juga.

Hairan sekali. Bagaimana mungkin seseorang yang tidak pandai, tiada bakat, tetapi masih juga diberi kekuatan untuk berkongsi. Jawapannya ialah kerana Allah s.w.t. Allah menyuruh kita untuk sampaikan Islam walau dengan cara apa sekalipun asalkan halal di sisi syarak. Allahuakbar. Allah menjadikan manusia itu pelbagai gayanya, aneka minatnya, lain orang lain karakternya. Tetapi kita adalah sama. Sama dari segi apa? Kita semua ialah HAMBA. Hamba Allah s.w.t. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah menjadikan kita semua sebagai orang Islam.

Sepanjang hidup selama 20 tahun ini, sudah pelbagai mehnah dan karenah manusia saya lihat dan hadapi. Apatah lagi mereka yang sudah menjangkaui umur yang melebihi diri saya ini. Sudah tentu lebih banyak pengalaman dan ilmu di dada. Tetapi hakikatnya, kita semua tetap sedang belajar. Dan setelah belajar, tugas kita yang seterusnya adalah menyampaikan kepada yang belum tahu. Subhanallah. Cantik Allah mengaturkan hidup ini. Kerana itu diri ini mahu berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat atau teman-teman atau kakak dan abang. Sebenarnya terasa diri ini terlalu kerdil. Dan maafkan saya kerana terlalu berminat untuk menulis dan berkongsi. Jadi terpaksalah yang membaca menadah matanya untuk membaca karangan-karangan saya yang tidak seberapa ini.

Kenapa Tulis Panjang Sangat?

Suatu hari seorang sahabat bertanya kepada saya. ” Adilah, kenapa awak tulis dan taip panjang-panjang sangat? Adakah orang akan baca? Kalau aku tulis pendek-pendek sahaja sebab bukannya ada orang nak baca sangat kalau panjang-panjang.”

Saya terdiam dan berfikir agak lama kerana saya tidak tahu apa yang harus dijawab. Saya tahu maksud sahabat saya itu bukannya untuk menyindir atau melunturkan semangat saya tetapi dia cuma ingin tahu. Kenapa ya?

Jawapannya adalah kerana saya suka dan minat untuk menulis. Jadi terpulanglah kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi ke blog saya sama ada mahu membaca atau tidak. Walaubagaimanapun, bagi saya penulisan yang lahir dari hati akan membuahkan hasil yang membuatkan orang lain berminat untuk membaca. Pada pendapat saya juga, penulisan yang baik haruslah disertai dengan kerendahan hati.

Saya menulis bukan untuk menunjukkan kemahiran tetapi saya menulis kerana saya mahu menyampaikan sesuatu yakni dakwah dalam bentuk penulisan. Saya bukan seseorang yang bijak dan mahir memberi pidato atau tazkirah. Adakalanya ayat saya berbelit-belit apabila bercakap. Kadang-kadang apa yang saya ingin sampaikan tidak lengkap dan menyeluruh apabila dengan kata-kata. Jadi saya lebih suka eksperikan pendapat dan luahan melalui penulisan walaupun saya tidak berkemahiran.

Saya tidak kisah apa nilaian yang diberikan kepada saya baik dari segi penyampaian atau penulisan. Kerana daripada kritikan atau nasihat saya pasti akan mengambilnya sebagai pengajaran untuk saya baiki cara bentuk penulisan menjadi lebih baik.

Saya menulis panjang kerana saya hanya mahu memastikan apa yang disampaikan itu mampu difahami dengan sepenuhnya oleh pembaca. Dan saya tidak pernah jemu untuk menulis panjang-panjang. Saya yakin semua penulis juga begitu. Apatah lagi penulis buku atau novel. Pasti ada yang hairan bagaimana mereka mampu menulis dan menghasilkan sebuah buku atau novel yang beratus muka surat. Saya juga kadangkala hairan kerana saya hanyalah seorang penulis di blog.

Baiklah, berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat saya itu tentang mengapa saya menulis sesuatu yang panjang. Adakah saya memang sengaja mahu menguji kesabaran para pembaca? Sudah tentulah tidak..=)

Saya menulis panjang kerana ada banyak yang ingin saya sampaikan dan kongsikan. Kerana adakalanya saya menulis sesuatu yang memerlukan penerangan yang panjang. Contohnya ialah tajuk ‘Gabungan yang mantap:tsaqafah,ukhuwah dan tarbiah ‘. Saya juga tidak mahu menulis hanya sekadar melepaskan batok di tangga,iaitu tidak mahu bersungguh- sungguh dalam menyampaikan sesuatu perkara atau ilmu dan menulis dengan sambil lewa. Walau seringkas manapun hal terebut, kita tetap perlu lakukan yang terbaik. Tetapi inshaa Allah, saya akan cuba baiki dari semasa ke semasa.

Saya mengenali ramai sahabat di sekeliling saya yang pandai menulis. Bukan seperti saya ini..:-)

Antaranya yang saya kenal, Akma, Nawal, Akmal, Amnah, Maryam dan ramai lagi. Kalau ada sesiapa yang saya tidak sebut namanya di sini, boleh juga kongsikan dengan saya kerana saya juga mahu belajar daripada anda semua.

Dan antara penulis yang saya kagumi ialah Ustaz Hasrizal, Hilal Asyraf, Ustaz pahrol dan Ustazah Fatimah Sharha.

Itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih.

Harapan saya agar dapat belajar dari semasa ke semasa agar menjadi insan yang berkualiti di sisi Allah s.w.t. Dan tolonglah saya untuk mendalami ilmu penulisan ini.

Terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s