BIODATA NUR ADILAH BT MOHD ZAIDI..

 

Dilahirkan di Pulau Pinang pada 14 Februari pada tahun 1993. Merupakan bekas pelajar SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang dan mengambil jurusan Biotechnology di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Saya merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Pelbagai telatah adik-adik kadang-kadang memberi 1001 ilham untuk diri menilai kehidupan.

Penghargaan yang tidak terperi buat ibu, Fauziah Othman dan ayah, Mohd Zaidi Md Zaid yang telah banyak berkorban. Keupayaan mereka mendidik mengajarku erti kesyukuran.. Mak, abah, terima kasih di atas kasih sayang yang tiada penghujungnya. Terima kasih juga kepada adik-adik iaitu Amirul Shafiq, Amirul Aiman, Ainul Najwa dan Wardah. Tanpa kalian, pasti hidupku kesunyian.

Sedikit ilmu dan pengalaman itu ingin aku coretkan agar menjadi sisipan hikmah buat kita semua. Mungkin kerana sudah menjadi sifat diri ini yang suka berkongsi. Peribadi yang agak sensitif adakalanya memaksa diri untuk berkongsi luahan hati.

Dan juga kepada teman-teman seperjuangan yang banyak membantu, terima kasih kerana selalu berkongsi kata-kata azimat yang membuatkan aku tidak putus mendoakan kalian semua.

Dan kenapa blog ini dinamakan Rindu Seorang Hamba, adalah kerana ketika ini saya sangat rindu untuk peroleh cinta-Nya. Terasa rindu yang teramat dalam dari Allah yang Maha Pencinta. Subhanallah. Kasih Allah buat hamba-Nya tidak terperi. Kasih dari Allah membuatkan hidup ini terasa lapang. Allah Allah…

Dan kenapa juga diberi nama Lakaran Pena adalah kerana diri saya ini sangat suka melakarkan sesuatu hikmah untuk dijadikan manfaat buat kita semua. Oleh kerana kerinduan buat Tuhan, jadi diri ini terasa ingin sangat untuk berkongsi dengan teman-teman sekalian.

Saya hanya mengharapkan agar sesiapa yang mengunjungi blog saya ini dapat berkongsi sesuatu dengan saya dan teman yang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s