SCOLIOSIS.. Ujian Dari Allah.

Standard

Skoliosis ditakrifkan sebagai keadaan di mana tulang belakang seseorang membengkok dan melengkung pada paksinya. Ia lebih kerap berlaku di kalangan wanita iaitu sebanyak 2 peratus berbanding lelaki hanya 0.5 peratus.

scoliosis

 

Skoliosis terbahagi kepada beberapa jenis termasuk:

  • Idiopathic (punca tidak diketahui)
  • Congenital (skoliosis berlaku sejak di dalam rahim)
  • Neuromuscular (Kecacatan saraf tunjang dan otot seperti Cerebral palsy,muscular dystrophy)
  • Tumour (ketumbuhan pada saraf atau tulang belakang)
  • Infection (jangkitan kuman, contohnya tuberculosis)
  • Metabolic (gangguan proses bahan kimia dalam badan contohnya osteoporosis, Ricket)
  • Mesenchymal disorders (gangguan sel tisu badan contohnya Marfan syndromeEhler-Danlos syndrome)
  • Traumatic (kecederaan)
  • Degenerative (De Novo Scoliosis)

 

‘Idiopathic Scoliosis’ merupakan kes skoliosis yang paling kerap saya jumpa, diikuti dengan  ‘Degenerative Scoliosis (De Novo Scoliosis)’ dan ‘Congenital Scoliosis’. Dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang ‘Idiopathic Scoliosis’ memandangkan ia adalah skoliosis yang paling kerap berlaku.

Skoliosis torasik kanan, apeks T9 Sumber: Dr. Ahmad Mahyuddin

Untuk pengetahuan anda, ‘Idiopathic Scoliosis’ ini dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan kepada umur pesakit semasa masalah ini dikesan.

  • Infantile Idiopathic Scoliosis adalah skoliosis yang dikesan ketika bayi lahir sehingga mereka berusia 3 tahun
  • Juvenile adalah skoliosis yang dikesan pada umur 3 hingga 10 tahun
  • Adolescent adalah skoliosis yang dikesan pada umur 10 tahun ke atas.

Adolescent Idiopathic Scoliosis (AIS) merupakan kumpulan skoliosis yang paling kerap ditemui.

Kenapa ia berlaku? 

Punca AIS masih lagi tidak diketahui secara pasti dan berdasarkan kajian, terdapat beberapa teori yang mungkin menjadi punca keadaan ini terjadi termasuk faktor genetik, masalah kolagen, hormon yang tidak stabil dan sebagainya. Sebilangan penyelidik turut mengkaji sama ada terdapat faktor mekanikal yang mungkin menyumbang kepada keadaan ini seperti membawa beg yang berat untuk jangka masa yang panjang.

Pada kebiasaanya, skoliosis disedari oleh ibubapa atau saudara-mara pesakit. Pesakit sendiri kebiasaannya tidak menyedari mereka mempunyai masalah tulang belakang. Apabila pesakit tampil dengan masalah ini, doktor akan bertanya beberapa soalan yang dapat memberi maklumat penting tentang sebab terjadinya skoliosis seperti usia ketika pertama kali datang haid, sejarah skoliosis dalam keluarga, rasa kebas atau lemah pada kaki, kesukaran pernafasan, serta masalah membuang air besar dan kecil.

Menurut kajian, wanita yang mengalami skoliosis didapati lebih berisiko untuk mempunyai magnitud lengkungan tulang belakang yang lebih teruk berbanding lelaki. Antara faktor lain yang menghasilkan magnitud lengkungan yang besar adalah ketika pesakit menempuh usia akil baligh (puberty) dan bagi pesakit yang mempunyai magnitud skoliosis yang besar pada masa ia mula dikesan.

Pemeriksaan

Seterusnya doktor akan membuat pemeriksaan teliti termasuk ‘Adam forward bending test’ di mana doktor akan berdiri di belakang pesakit dan pesakit akan diminta bongkok ke hadapan. Tujuannya untuk mengesan ketidakseimbangan tulang skapula pesakit (Scapular hump). Pemeriksaan ini juga digunakan bagi melihat sama ada kebengkokkan tulang belakang pesakit itu keras (rigid) atau fleksibel. Ia amat penting untuk menentukan jenis rawatan yang akan diberikan. Pemeriksaan lain termasuk pemerhatian keadaan pesakit ketika berjalan, memeriksa keseimbangan tulang bahu dan pinggul (shoulder and pelvic balance) serta pemeriksaan saraf (neurological assessment).

Pengiraan 'Cobb's Angle'  Sumber: Spine Secrets, Vincent J. Devlin, page 67.

Pemeriksaan X-ray pula penting bagi mengetahui tahap skoliosis yang dialami pesakit. Secara lazimnya x-ray dilakukan ke atas keseluruhan tulang belakang termasuk tulang pinggul pesakit. Pemeriksaan x-ray dapat menentukan  kedudukan Apeks (tempat tulang belakang yang paling bengkok), arah kebengkokkan serta mengira magnitud darjah kebengkokkan dengan menggunakan ‘Cobb’s angle’.

Sumber: http://www.e-radiography.net/radpath/r/risser-sign.htm

X-ray pinggul pula diambil untuk menentukan tahap kematangan tulang pesakit (Risser staging) bagi menjangka sama ada darjah kebengkokkan skoliosis pesakit akan bertambah teruk pada kadar yang pantas atau sebaliknya.

Sekiranya terdapat tanda-tanda kerosakan saraf  seperti simptom lemah atau kebas pada kaki, atau kegagalan mengawal pencerut najis atau kencing, doktor mungkin perlu membuat pemeriksaan MRI (Magnetic Resonance Imaging) bagi memastikan keadaan saraf tulang belakang.

Rawatan

Secara keseluruhannya, rawatan bagi skoliosis merangkumi penggunaan tiga ‘O’ – ‘Observation’ (pemerhatian), ‘Orthosis’ (pengunaan alat sokongan dengan tujuan pembetulan tulang yang membengkok atau melengkung) & ‘Operation’ (pembedahan).

Secara amnya, skoliosis dengan magnitud kurang daripada 20 darjah tidak memerlukan sebarang rawatan yang spesifik. Temujanji untuk rawatan susulan setiap 6-12 bulan akan diberikan untuk pemeriksaan lanjut dan x-ray.

Sumber: ADAM interactive anatomy

Bagi skoliosis dengan magnitud 20-40 darjah, ia biasanya dirawat dengan ortosis atau ‘bracing’. Rawatan ini bergantung kepada umur serta tahap kematangan tulang pesakit (Risser staging). Ortosis tidak sesuai digunakan untuk masalah tulang belakang yang telah matang (mature spine), magnitud melebihi 40 darjah dan juga dalam kes-kes tulang  torasik yang melengkung ke belakang (thoracic lordosis).

Faktor yang amat penting bagi rawatan dan pemakaian ortosis ini ialah kerjasama daripada pesakit. Sesetengah ortosis memerlukan pesakit memakainya selama 23 jam setiap hari. Pesakit hanya boleh menanggalkannya ketika mandi. Tanpa kerjasama dari pesakit, rawatan pasti tidak akan berjaya.

Pembedahan pula mungkin perlu dilakukan bagi pesakit remaja yang mempunyai skoliosis melebihi 40 darjah, skoliosis tulang torasik melebihi 30 darjah (boleh menganggu fungsi paru-paru dan jantung) serta skoliosis yang melebihi 50 darjah pada pesakit dewasa.

Pembedahan biasanya melibatkan prosedur menstabilkan tulang belakang melalui pembedahan depan atau belakang (anterior or posterior instrumentation) atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan implant serta tulang tambahan (bone graft). Kebengkokkan akan cuba dibetulkan sehingga hampir menyamai tulang belakang yang normal.

Kesimpulannya, sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau rakan yang mengalami skoliosis, nasihatkan mereka supaya segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Lebih awal ia dikesan, maka lebih besar kemungkinan rawatan pembedahan dapat dielakkan.

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Dan saya adalah penghidap skoliosis.. Tapi itu tidak pernah menghalang diri saya untuk bergiat lasak dan aktif. Hidup mesti tetap diteruskan dengan penuh ketabahan.  Dan kebengkokan tulang saya sebanyak 45 degree..

Kadang kita tertanya bagaimana mereka yang tulang belakang abnormal ini menjalani kehidupan mereka.

Kerana Allah tidak akan menguji hamba-Nya sekiranya tidak mampu. =)

Advertisements

8 responses »

  1. Assalam. Awak muda dari saya. Entri bagus bagus, bermanfaat. Keep it up. This entri got to do with my friend anyway. Tak memudaratkan. Tapi dah buat operation 5 years ago kalau tak salah. Sekarang dah sihat =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s