Dilema Seorang Pelajar “Ya Allah, permudahkanlah”

Standard

Hari ini saya seharian di bilik. Kesepian menyelubungi diri sekali lagi. Biasalah keadaan sebegini apabila hujung minggu kembali lagi menghiasi hari yang agak membosankan tanpa teman-teman di bilik. Nad dan Hanis pulang ke rumah masing-masing pada hujung minggu. Yani juga tiada di bilik kerana menyertai lawatan ke UIA Kuantan hari ini. Lalu tinggallah saya sendirian di bilik. Aduh, bagaikan satu penyeksaan apabila merasakan hidup ini terlalu sepi.

Pada pukul 3.13 petang pula ada panggilan dari Anisha iaitu salah seorang sahabat yang selalu memahami diri ini. Dia memberitahu bahawa usrah telah hampir bermula dan meminta saya cepat siapkan diri untuk ke musolla. Dan saya baru teringat bahawa ada sesuatu yang diminta oleh kakak usrah tentang sesuatu yang perlu dibaca. Seperti biasa sekali lagi saya tidak bersedia dengan ilmu di dada sebelum usrah bermula. Perbincangan hari ini begitu menarik dan berakhir pada pukul 6 petang.

Pelbagai persoalan saya ajukan kepada Kak Naza terutamanya tentang keadaan pelajar Farmasi di UIA Kuantan. Hal ini kerana sejak kebelakangan ini timbul pelbagai isu tentang Farmasi ini. Ada yang mengatakan pelajar Farmasi di seluruh universiti telah melebihi kapasiti yang diperlukan. Habis, saya ini harus dicampakkan ke mana? Ada juga yang mengatakan bahawa pelajar Farmasi hasil keluaran UIA tidak berkualiti. Tetapi mengapa? Apa sebab sesetengah pihak berkata sedemikian. Ada juga yang menyebut tentang kesusahan mendapat peluang pekerjaan apabila mengambil jurusan Farmasi.

Saya hampir mengalami tekanan apabila timbulnya pelbagai persepsi dan kenyataan tentang Farmasi ini. Abah pula amat menggalakkan saya mengambil bidang Farmasi kerana katanya peluang pekerjaan dalam bidang Farmasi ini amat diperlukan. Aduh, mana satu yang betul ini?

Saya juga amat tertekan dengan tindakan universiti membuka peluang kepada pelajar yang mengambil jurusan lain seperti Allied Health Science, Bio Science dan lain-lain jurusan untuk masuk ke bidang Farmasi sebanyak dua kali jemputan. Bukannya tidak boleh. Apa salahnya sekiranya ada yang mempunyai minat untuk mendalami Farmasi. Habis, saya ini perlu dilemparkan ke mana? Oleh itu, apa keutamaan bagi pelajar-pelajar yang sedari awal pembelajaran memang berada di dalam jurusan ini. Kalau begitu apa tujuan universiti menetapkan bahawa pelajar jurusan Farmasi perlu menghadiri temu duga? Pelbagai persoalan bermain di minda yang hanya membebankan hati dan jiwa.

Ada lagi persoalan yang masih belum terjawab. Antaranya ialah mengapa Farmasi dikeluarkan daripada kursus kritikal? Dan apa bezanya kritikal atau tidak? Ilmu yang dpelajari berubahkah? Apakah keutamaan bagi pelajar yang mengambil kursus kritikal? Apakah nasib pelajar seperti saya ini? Persoalan demi persoalan bermain di fikiran ini. Semua persoalan itu saya tahu ada jawapannya di pihak pentadbiran UIA sendiri.

Hari saya banyak menghabiskan masa dengan berfikir tentang hal yang tidak perlukan jawapan. Mengapa saya katakan bahawa semua persoalan itu tidak perlukan jawapan? Kerana saya belajar bukan untuk mendapatkan kerjaya yang dipandang tinggi oleh masyarakat atau CGPA yang membanggakan, tetapi saya belajar kerana mahu mengusai ilmu itu sendiri. Oleh itu, saya tersedar bahawa saya hanya membuang masa berfikir tentang sesuatu yang sememangnya hanya suatu sistem yang mahu mewujudkan persaingan dalam kalangan pelajar.

Saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. Saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu. Tetapi mengapa saya harus terperangkap dengan sistem persaingan ini? Mengapa saya perlu bersaing dengan kawan-kawan saya sendiri sedangkan kami semua bakal bersama-sama menyumbang untuk Islam pada suatu hari nanti dengan ilmu yang kami ada. Jadi mengapa mahu membabitkan saya dengan sistem. Saya hanya mahu belajar dan kuasai ilmu. Itulah tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar.

Tetapi saya juga turut di dalam dilema kerana memikirkan ibu dan ayah di kampung yang terlalu mengharapkan anaknya berjaya. Apa kayu ukur kejayaan bagi mereka? Sudah tentu anaknya ini dapat melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang dia ambil sekarang ini iaitu Farmasi. Tetapi ibu dan ayah, anakmu ini telah berusaha sehabis baik tetapi saya terpaksa bersaing dengan sahabat-sahabat yang lain.

Ya Allah, saya mendapati hal ini terlalu rumit dan menyeksa jiwa pelajar seperti saya  iaitu antara tanggungjawab sebagai pelajar atau memenuhi kehendak sistem. Aduh, saya berasa tidak sedap hati setiap kali memikirkan harapan besar yang diberikan oleh ibu dan ayah.

Walaupun saya tahu tiada gunanya berfikir tentang hal ini dan saya hanya perlu meneruskan perjuangan menuntut ilmu, tetapi adakalanya kerisauan itu tetap timbul apabila memikirkan ibu dan ayah serta persepsi orang lain. Beberapa kali saya menatap buku hari ini, tetapi tumpuan sukar sekali untuk diberikan.

Doa saya semoga saya dan para penuntut ilmu sekalian dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk kuasai ilmu yang sedang kita terokai sekarang ini. Dan saya berdoa agar dipermudahkan jalan menuntut ilmu ini. Ya Allah. Amin… Inshaa Allah..

Advertisements

2 responses »

    • alhamdulillah..wah! terujanya bila ada sama dengan kita.. inshaa Allah anisha, kita sama2 tajdidkan niat untuk betul2 kuasai ilmu tersebut. belajar dari pengalaman dan sebagainya..moga Allah berikan petunjuk dan cahaya buat kita semua….=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s