“Walaupun Saya Tidak Layak!”

Standard

Semalam saya menghubungi emak. Memang sudah menjadi rutin saya pada setiap malam untuk menelefonnya. Kadang-kadang, selang sehari baru saya menghubungi emak. Wah, melampau tak? Adakalanya kalau sudah lebih tiga hari berturut-turut tiada panggilan dari saya, maka emak akan mula risau akan anaknya ini.

 

Walaupun bercakap dengan emak hampir setiap malam, tetapi masih terlalu banyak untuk disembangkan. Kadang-kadang itu sehingga panas telinga tetapi kami berdua masih tetap rancak bersembang. Kadang-kadang abah pasti menegur, “Hai, udah-udahlah tu. Habis kredit tu nanti”

 

Kadang-kadang itu abah seperti tidak puas hati juga. Tetapi sebenarnya abah cemburu saya dan emak berborak terlalu lama. Kalau saya hubungi abah, pasti sekejap sahaja kerana tidak banyak yang dibicarakan melainkan kata-kata abah yang selalu memberi semangat. Abah hanya pandai berinteraksi dengan anaknya tentang sesuatu yang penting dan bermakna manakala emak pula hampir semua perkara mahu dikongsikan dengan anaknya. Mendengar suara anaknya ialah satu kepuasan baginya.

 

Semalam semasa berborak dengan emak, tiba-tiba emak soal, “Bagaimana dengan blog Ila tu. Dah banyak artikel? Lepas ini bolehlah buat buku. Contohnya yang mengisahkan cerita pahit manis seorang yang bernama Adilah yang berjuang di medan ilmu ini. Wah, anak emak ini bukan calang-calang orangnya.”

 

What???! Saya hampir menjerit. Tetapi saya memilih untuk diam sebentar. Tersentap, terpaku dan tidak tahu apa yang harus dijawab. Saya menjadi berbelah bahagi sama ada perlu menjawab atau tidak. Takut juga bakal menghampakan hati seorang ibu yang amat menyokong anaknya yang amat bercita-cita untuk menjadi seorang penulis. Mahu saja saya menjawab pada emak bahawa anakmu ini tidak berbakat sehingga mampu menjadi seorang penulis.

 

Sebenarnya emak teruja apabila dapat tahu ada beberapa artikel saya telah dihantar ke Iluvislam dan diterima. Antaranya yang bertajuk ‘Siapa Kita Tanpa Allah’, ‘Sabarlah Cinta’, ‘Kisah Hati’ dan ‘Walau Pahit Tetap Manis’. Semua itu saya kongsikan dengan emak. Emak sangat berbangga saya dapat menjadi seseorang yang suka berkongsi. Sedangkan saya hanyalah biasa-biasa sahaja. Beberapa artikel yang saya hantar di Iluvislam juga tidak seberapa berbanding para penulis yang telah lama di dalam bidang tersebut dan lebih berbakat serta banyak ilmu mereka.

 

Saya menjadi serba salah. Di dalam hati ini terfikir bahawa mungkin ini ialah kata-kata semangat dari seorang ibu buat anaknya. Jadi saya hanya memberitahu emak bahawa saya hanya mampu menyimpan sahaja idea-idea yang ada. Mungkin suatu hari nanti saya bakal bukukan kesemuanya walaupun sukar untuk dilaksanakan.

 

“Err…saya tak pandailah mak. Tapi inshaa Allah mak, suatu hari nanti mungkin saya boleh menjadi seorang penulis dengan berkat doa mak ni. Saya tak pandai nak menulis sesuatu yang bernas, saya hanya sekadar berkongsi sahajalah mak.” Saya hanya mampu ketawa kecil bagi menghilangkan rasa gugup apabila disoal sedemikian oleh emak.

 

Emak saya hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau tidak tahu bagaimana rasanya menjadi seorang pelajar universiti, beliau bukanlah seorang yang tahu akan keadaan semasa. Oleh itu anaknya ialah kebanggaannya. Apa sahaja yang anaknya lakukan walau sekecil perkara tetapi sudah cukup membuatkan dia rasa bangga. Tetapi wahai ibuku, anakmu ini tidak sehebat yang seperti ibu katakan itu. Walaubagaimanapun, akan saya cuba untuk membahagiakan emak dan buat emak tersenyum selalu.

 

Tetapi soalan emak itu benar-benar membuatkan saya menjadi tidak keruan. “Sudah berapa banyak?”. Ia masih terngiang-ngiang di telingaku. Adakah itu bermakna emak telah meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat saya menjadi seorang penulis yang memiliki sebuah buku hasil tulisannya sendiri?

 

Oleh itu, sejak semalam saya berhasrat untuk benar-benar berusaha ke arah penulisan. Bukan untuk dikenali oleh orang, tetapi hanya sekadar mahu berkongsi ilmu dan pengalaman. Seperti yang emak katakan itu. Ya, kerana beliau ibuku. Kerana itulah saya benar-benar bertekad. Tetapi niat ini perlu diubah iaitu melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t sebagai sebab utama. Ya, itu juga yang dipesan oleh emak padaku iaitu buuat sesuatu itu biarlah kerana Allah s.w.t.

 

Namun saya tahu bukan semudah itu untuk menjadi seorang penulis. Malah, yang paling merisaukan saya ialah saya tiada sebarang asas dan pengetahuan langsung tentang penulisan. Subhanallah. Saya merasakan ini ialah satu ujian yang agak berat untuk saya pikul. Layakkah saya untuk menjadi seorang penulis. Bagi saya, mungkin kerana niat dan matlamat itu masih belum jelas untuk menulis, kerana itulah terasa diri ini tidak layak. Sedangkan tanggungjawab dakwah itu jatuh pada seluruh umat Islam. Oleh itu, tidak perlu ada rasa layak atau tidak layak.

 

“Walaupun saya tidak layak.” Itulah hakikatnya. Memang sukar disangkal dan dinafikan kebenarannya. Saya Cuma berharap agar hasrat itu bakal tercapai suatu hari nanti. Wahai teman-temankuku, maafkan saya kerana saya akan berusaha juga walaupun tidak layak. Maaf!

Advertisements

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s